Andainya lelaki tahu . .
Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya...
Andainya lelaki tahu . . .
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata , itu bukan bermakna dia lemah , tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu....
Andainya lelaki tahu . . .
Apabila seorang perempuan marah , memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah , itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu . .
Lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergaduh . Tetapi peercayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang , semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku . . .
Andainya lelaki tahu . . .
Apabila perempuan bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat lelaki rimas , tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat . . .
Andainya lelaki tahu . . . .
Apabila perempuan berkata dia mahu lelaki berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya , tetapi dia mahu menjadikan lelaki itu lebih baik , bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan lelaki itu juga . .
Andai lelaki tahu . . . . .
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan lelaki , bukan bermakna tidak sayang ... tetapi dia terlalu sayangkan lelaki itu dan menganggap nya seperti anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian . kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , lelaki akan mengkhianati kepercayaan yang diberi . Naluri keibuannya sangat kuat . Dia hanya mahukan yang terbaik untuk lelaki yg dicintainya..
Andainya lelaki tahu . . .
Apabila perempuan merajuk , jangan kata dia mengada-ngada . Dia bukan nya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen , tetapi cukup dengan perhatian yg boleh buat perempuan rasa dihargai . . .
Andainya lelaki tahu . . . .
Apabila perempuan jarang mengata "I LOVE U", itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya , bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuh nya . .
Andainya lelaki tahu . . . .
Apabila perempuan lata dia rindu sama kamu , dia benar-benar maksudkannya . . Apabila berjauhan , bayanganmu akan sentiasa bermain di mata . . .
Andainya lelaki tahu . . . . .
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu .Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yg terbaik di matanya . Walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yg lebih baik di matanya tetapi di hati nya , kamu tetap yg terbaik .
Andainya lelaki tahu . . . . .
Apabila perempuan menjadi degil , dia bukan bermaksud untuk menjadi menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya . Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut .
Andai kena caranya , jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat . .
Andainya lelaki tahu . . . . .
Apabila perempuan berkata,"TOLONG TINGGALKAN SAYA!", dia tidak bermaksud menyuruh lelaki itu pergi selamanya . Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja . Apabila kembali tenang , percayalah dia akan mencari buah hati nya semula . Itu tandanya dia benar-benar menyintai lelaki itu . Perempuan sukar untuk mengawal perasaan . Dia terlalu EMOSIONAL . Tapi dialah paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri lelaki yg dicintainya...
Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yg tersendiri . Tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan diciptakan oleh ALLLAH dengan indah sekali . Disebalik airmatanya , tersimpan 1001 kekuatan yg bakal menjadi seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya . . Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yg bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya . Jadi, hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup lelaki kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan utk menyongkong(sokong) lelaki dan membuatkan hidup anda lebih sempurna . Dialah yg bakal menjadi perempuan bekerjaya , isteri juga ibu yg terbaik untuk anak-anak anda (lelaki)...........
=====================================================================
sekian sahaja dari saya. . . rajin2lh membaca . . pentingkan org yg kita sayang . . !! hati wanita perlu dijaga sebegitu juga lelaki . .
kata-kata ini dari group saya ...
==================================================================
==================================================================
Tiada ulasan:
Catat Ulasan